Bukan Cerinta
Biasa 1
(mini novel)
Bukan Cerinta
Biasa
“beb! Lama lagi
ke? dah kebas kaki aku tunggu kau” Ujar Ariani bengang.
“Kejap la. Nak
siap dah ni” balas Raikal sambil matanya tertumpu pada rak dihadapan. Alahai
mana pulak buku ni.
“oii, pak cik!
Kalau kau lambat sangat, aku nak cau dulu. Dah lah harini kelas Mak Singa. Kang
buatnya jam tengah jalan kau nak tampung extra work aku” ujarnya
geram. Mahu taknya geram.
Pagi-pagi dah tercongak depan rumah aku minta
temankan pergi popular nak cari buku apa entah. Katanya tak lebih pada
sejam ni dah dekat dua jam setengah aku berdiri tepi dia. Kalau ajak pergi
jalan-jalan takpa juga. Ni tak, terperuk ja dalam kedai Popular ni.
“kejaplah mak
cik!. Pak cik tengah cari ni. Mak cik pergilah tengok buku lain ye” balas
Raikal selamba. Mana pula buku nie, dimanakah gerangan cik buku yang
menghilangkan diri.
Ariani
mendengus geram. Badak sumbu punya kawan. Aku dah tawaf tiga kali dalam kedai
ini. Nak suruh aku pergi mana lagi. Menyesal betul ikut kau. Dengan perasaan
yang marah dia meninggalkan Raikal yang masih tercari-cari buku yang
diinginkan.
“sengetlah kau
ni, aku pergi sana kejap” dengan pantas dia menuju kearah tempat yang
meletakkan pelbagai general lagu. Baik aku layan lagu daripada tercongak tepi
mamat tu macam bodyguard dia.
Sambil mulutnya
terkumat-kamit menyumpah Raikal. Tiba-tiba kedebus!!!.
“adoi! Sakit
dowh kepala aku! Tiang eletrik mana pulak yang aku langgar” kepalanya
digosok perlahan. Mau tak sakit dahlah terhantuk lepastu terjatuh macam nangka
busuk . sengal punggung aku ni.
Wait a minute.
Dalam popular tak pernah lagikan wujud benda tu di tengah-tengah jalan ni.
Dengan perlahan-lahan dia membuka mata. Matanya terbeliak. Alamak ini bukan
tiang eletriklah senget. Ini manusia yang berketinggian tiang elektrik!!!
“I’m so sorry,
are you okay?”
Ariani terdiam.
Mak aii. Merdunya suara dia. Dah , macam Mario Mauri aku tengok. Dengan tinggi
macam tiang eletrik, anak mata colour biru. Hidung mancung. Kulit pulak namapun
kategori budak macho memang putih kemerah-merahan. Bibir?, walaweh seksi
bebenor.
“Beb! Aku dah
jumpa buk….” Raikal yang berjalan kearah Ariani tergamam. apa yang
minah tu buat ?. terduduk bagai dekat lantai macam cempedek busuk.
“woi minah.
Bangunlah! Apa yang kau bersila dekat atas lantai ni. Kalau duduk pun.
Takkanlah atas lantai dah tu ditengah-tengah jalan ni. Dah bangun cepat” ujar
Raikal sambil tangan kanan menarik lengan Ariani. Manakala tangan kirinya
memegang buku yang dijumpai.
“Aaa..aah
ak..aku terjatuhlah. Thanks beb” dia tersenyum kearah Raikal. Alahai macam mana
pulak boleh terpukau dengan mamat macho depan aku ni. Jatuh standard aku dowh.
“awak ok tak
ni. Kalau tercedera saya boleh hantar pergi klinik” ujar mamat macho ni. Amboi
boleh pulak speaking malay. Ingat mat salleh celup.
“Saya okey je.
Sepatutnya saya yang minta maaf dekat awak. Saya yang salah. Jalan tak tengok
depan. Itulah main langgar je. Sorry awak” ujar Ariani sopan.
“Nope. It’s
okay. If you don’t mind. Boleh saya belanja awak makan. Ini tanda sorry saya dekat
awak. should we?” ujar mamat macho ni sambil tersenyum. Aduhai. Cair aku
macam ni.
“thanks but
no thanks. Kitaorang ada kerja lagi lepas ni, Jom !” Ujar Raikal sambil
tangannya menarik lengan Ariani keluar daripada kedai Popular
tersebut. Buku? Lain kali datang beli.
Ariani yang
masih terpinga-pinga hanya mengikut langkah Raikal yang semakin laju
meninggalkan kedai buku tersebut. Keluar sahaja daripada kedai tersebut.
Tangannya diminta dilepaskan. Apa kes! Mamat nie. Sakit tangan aku
“kau ni apa
hal, nak angin tak tentu pasal?” dengan perlahan-lahan dia mengosok
perlengangan tangannya yang merah. Kuat jugak mamat ni pegang. Habis merah
tangan aku. Balik kena letak ubat nie. Dahlah aku tak sempat nak say bye-bye
kat mamat tu. Nama dia pun aku tak tahu. Dengki punya kawan.
“lah. Tadi kata
dah lambat nak masuk kelas Miss Tania. Aku tak nak tampung kau punya
extra homework. Untuk pengetahuan kau. Profile aku bersih dan suci dari
debu. So, jangan nak cemarkan nama aku yang sememangnya baik plus hensem nie”
ujarnya selamba sambil kaki menuju kearah lif,
“erk je lebih.
Siku kang baru tahu. Suci dari debu konon. Kalau setakat bodek lecturer tu tak
payahlah.” Bibirnya dicebik. Pirah!!! Poyo je lebih kawan baik aku sorang ni.
Memang kaki bodek nombor satu. Hampir semua lecturer dalam Kolej ni terpengaruh
dengan mamat sorang ni. Selamatlah aku masih waras.
Raikal hanya
tersenyum kecil. Apabila lif sudah tiba pada basement kereta. Kaki mereka menuju
kearah kereta Viva warna putih. Raikal menyuluk poket seluar. Lalu kunci kereta
diambil. Tanganya menekan buntang tersebut. Badan pulak diboloskan
didalam kereta viva tersebut.
Enjin kereta
distartkan. Dengan perlahan kenderaan tersebut meluncur keluar daripada
basement tersebut.
**********
Dengan pantas.
Kakinya berlari laju. Mampus aku dah lambat nak masuk kelas Mak Singa tu.
Memang kena panahan cinta hari ni. Dahlah Mak Singa tu anti aku je lebih.
Raikal? Lantaklah mamat tu. Pandai-pandailah jawab dengan lecturer
kesayangannya.
Dengan lafaz
bismillah. Ariani memulas tombol pintu tersebut. Seram dowh!. Kepalanya
jengukkan perlahan. Aaih Mak Singa ni tak masuk kelas ke?. Dengan senyuman
lebar di bibir dia melangkah masuk ke kelas dengan perasaan gumbira tak
terhingga.
“Morning guys!.
amboi khusyuk bebenor korang belajar” Ujar Ariani selamba. Hehehe, mau taknya.
Mak Singa tak masuk. Harus happy la. Tapi pelik juga kenapa diorang ni serius
je. Si Siti ni apa pasal pulak. Dah macam Fatimah juling matanya.
“kau apa hal?”
soal Ariani bengang. Topi dikepala dibetulkan.
“Good morning
miss Ariani. Kenapa awal sangat masuk kelas I?”
Itu bukan suara
Mak Singa ke. Takkan Siti pulak. Matanya dipejam. Bibirnya pula digigit.
Mampus aku kali ni.
“Morning Miss
Tania. How are you?”
“ I fine. Thank
you. Hemm! Where is your best friend? Mr Raikal?” Ujar mak singa sambil
tersenyum sindir. Memang mampus kau kali ni Ariani.
“h.he..he go… go...”
ujarnya gagap. Apasal pulak aku boleh gagap pula ni. Ariani where is your
spirit.
“where?!!!”
soal Miss Tania sambil matanya dijengilkan. Mak aii ini bukannya Mak Singa dah.
Ini adik beradik kepada hulk. Suaranya dia. Tak payah cakap. Kau orang
kenal The Hulk. Memang memenuhi ciri-ciri tersebut. Cuma tak tukar warna hijau
je.
“he. he.he..”
Ariani tetap gagap. Gila kau tak gagap kalau suara dah macam petir kat langit.
Lagaknya macam nak rebut taufan je la jawabnya.
“see!. I have
told your many times. Don’t come to my class if you come late. I don’t
like students who come late to my class. Even you are good student or top
student in this class. It’s does not mean you can come late to my class. Now!
Pleased get out for my class. Thank you.” Ujar Miss Tania macam kereta api.
“I’m so sorry
Miss. I will not do it again.”
“you always say
that words. Sorry. I did not believe you for this time. Now! Get out from this
class!!!” jari Miss Tania menunjuk kearah pintu. Dengan muka yang merah Ariani
berjalan untuk keluar daripada kelas tersebut.
Pada masa yang
sama Raikal pula masuk ke dalam kelas tersebut. Ariani melihat Raikal
sambil mulutnya dimuncung.
“why?”
Tanya Raikal sambil keningnya diangkat.
“mak singa
mengamuk” ujarnya perlahan
“Oh! Now her
has hero has come” Ujar Miss Tania sambil tersenyum. Raikal hanya
berjalan selamba. Hujung baju lengan Ariani ditarik.
“Morning Miss
Tania” ujar Raikal sambil tersenyum. Ariani hanya menjeling.
Harap-haraplah mamat ni boleh bodek.
“Morning. Mr
Raikal. So apa lagi alasan you kali ini” Ujar Miss Tania sambil tersenyum.
Bukan dia tidak kenal siapa Raikal. Budak yang cemerlang dalam kolej ini.
Wajahnya putih berseri. Rambut hitam pekat. Kening teratur. Hidung macung
bibir merah. Bukan dia sahaja yang boleh terpikat. Malah lecturer bujang yang
lain pun boleh tersangkut. Sentiasa menjadi bualan di pejabat.
“I’m so so so
sorry. Miss Tania. Actually Madam Rania ask for help just now because
there is a new student will enter to our class. So I and Ariani need to
arrange something. If you do not believe us you can ask Madam Riana”
Raikal
mengengam kedua-dua belah tapak tangannya sambil membulatkan mata, mulutnya
dimaniskan sehingga menampak kedua-dua belah lesung pipitnya. Inilah
antara teknik-teknik membodek lecturer. Korang kalau nak ikut boleh je. Abang
Raikal boleh turunkan ilmu. Hohoho.
Miss Tania
berfikir sejenak. Boleh percaya ke budak ni. Tapi dia dah guna nama
Riana. Takkan nak bohong pula. Best and the top student ni.
Ariani hanya
membisu. Minta-minta si Raikal ni berjaya bodek Miss Tania. Itulah
Ariani, inilah gunanya kawan yang boleh membodek lecturer. Bolehlah kau
terlepas sekali-sekala kalau si Raikal ni dah tanam tebu ditepi bibir. Cair
lecturer dengar. Dengan muka cukup package , boleh jalan dah kau punya ayat.
“ok fine.
For this time I believe your guys. But next time, big no. remind my words. Have
a sit.” Ujar Miss Tania.
“thank Miss.
You a the best person that I found. Memang susah nak jumpa lecturer macam ni.
Thanks again” ujar Raikal. Jalan beb!!!.
“thank Miss”
ujar Ariani perlahan.
Miss Tania
hanya menganguk kepalanya. Meluat.
“by the way,
cantik baju Miss. Lebih-lebih lagi gabungan dengan skirt merah ni. Nampak
style sangat kalah Izara Aishah” Raikal mengeyitkan matanya,
“ada-adalah
awak ni, dah pergi duduk” tersimpul malu Miss Tania apabila dipuji
sebegitu. Dahlah semua pelajar tengah melihatnya, lebih-lebih lagi dipuji oleh
lelaki yang hensem sebegitu. Pak guard depan tu pun tak pernah puji dia. Memang
wajid update facebook ni. Bukan setakat facebook, wechat, beetalk dan
instragram pun kalau boleh dia nak updates. Hohoho.
Budak lain?.
Meluat dowh!. Dah memang masak dengan si Raikal. Memang kaki bodek No 1. Kalau
kitaorang nak buat parti? Raikallah yang akan berjumpa dengan lecturer. Exam
nak soalan bocor sikit? Raikallah yang akan maju kehadapan minta soalan.
Korang
fail exam? Ini parah. Raikallah yang akan kehadapan minta marks kitaorang ni
lulus. At least, cukup-cukup makan. Lecturer pun pantang dipuji, semuanya
jalan, dan yang penting korang kena janji tak buat hallah kecuali kalau
lecturer laki. Susah sikit ni. Tapi majoratinya kitaorang dapat lecturer
perempuan muda pulak tu. Ayat sikit cairlah beb!.
………………………………………………………………………………………………………………………
"Wei
korang pergi mana? Kenapa masuk kelas lambat? Takkan lupa hari ni kelas Mak
singa? Ataupun korang berdua keluar dating?... Hah jawap cepat."
Soal Siti the kepoh.
"Haah.
Kita orang pergi dating apasal jelous ke?" Jawab Ariani sambil
tangannya mengeluarkan buku nota.
"Oh my
Gucci. Seriously!." Suara Siti kuat. Minah ni tak bayar zakat ke apa.
Mulut. Macam minta penampar. Kuat beb. Nak suruh satu kelas dengar ke?.
"kau
percayalah minah ni cakap. Bohong je lebih. Taklah kitaorang pergi Popular Cari
buku." Sangkal Raikal.
Siti hanya
menganguk. Ingatkan dating betul-betul. Kalau betul boleh masukkan dalam news
kolej. Kasi gempar sikit. Bukan semua orang tak kenal dua orang kawan baik ni.
Dah macam kembar siam. Melekat tak habis-habis.
Kadang-kadang orang lain pun
tertanya-tanya diorang ni berkapel ke tidak. Ke hulur ke hilir berdua je. Dah
macam takda kawan lain, selamatlah aku tak terjebak sekali kalau tak bertiga
kembar jawabnya.
"Eh.
Raikal. Kau bukan beli buku ke tadi. Mana dia?" Pelik Ariani soal. Bukan
mamat ni pegang buku ke tadi.
"Buku?
Mana ada aku beli. Engkau ni buta ke rabun. Stock habis la senget. Itu yang
takda" jawab Raikal senang.
"Mangkuk
cawan gelas betul kau ni!. Buang masa aku je ikut kau. Kalau dah tahu takda
buku yang tergedik-gedik bertapa dalam kedai tu apahal?. Sajakan nak buang masa
aku yang sememangnya precious ni. Kalau macam nilah, aku tak nak
ikut kau lagi. Atuk betul" Marah Ariani. Bengeng betul. Punyalah lama
berdiri dalam kedai tu. Dia tak beli apa-apa sahajakan nak bagi darah aku
naik. Ingat aku suka ke darah naik bagai. Stress beb!.
"Alaa.
Sorrylah sayang. Mana aku nak tahu. Ingatkan ada rupa-rupanya ting tong. Takda.
Macam chipsmore. Itupun pekerja tu yang tanya aku. Cari apa encik. Kalau dia
tak tanya lagi lamalah kita terperuk dalam kedai tadi. Sorry ye. Aku janji tak
buat lagi" raikal mengerdipkan matanya sambil buat aksi Comel.
Ariani hanya mampu mendengus geram.
"Tak payah
nak buat muka macam tu. Dah macam beruk aku tengok. Yelah. Ini time aku
maafkan kau. Kalau nanti takda maaf bagimu. Sebagai tanda aku maafkan
kau, kau kena belanja aku makan. amacam boleh tak?"
Kening Ariani
terangkat. Alang-alang menyelup pekasam biar sampai ke lengan. Alang-alang dah
merajuk ni biar sampai Raikal belanja makan. Save bajet aku. Hohoho.. Inilah
guna kawan. Kejam kau Ariani.
"Yelah.
Aku belanja. Ada je kau punya jalankan." Mata menjeling Ariani. Otak
geliga minah ni. Ada sahaja udang di sebaik batu. Nasib malang betul jadi kawan
minah ni.
"Janganlah
marah ye sayang. Nanti cepat tua. I taknak hubby I ni tua. kang tak macho. Tak
luat I nak jalan sebelah you" Pipi Raikal dicubit dua-dua belah. Tak takut
dosa ke Cik Ariani Oii. Siti the kepoh mengecilkan mata. Something-something
apa ke budak dorang ni.
"Amboi,
amboi, amboi. Sayang hubby baby bagai kau orang ni kalah aku yang bercinta ni.
Si botak tu pun tak pernah nak panggil aku macam ni. Asyik-asyik dia orang dia
orang dia orang dah macam deorant aku dengar. Tak pernah nak sweet sweet
bagai" celah Siti. Nama je Orang bercinta tapi hampeh.Apapun takrah!.
"Saborlah
cik Siti the kepoh. Maybe lepas kawin sweet la tu. Kang lepas kawan
buatnya dia nak kepit dengan kau 24 jam. Baru kau menyesal. Asyik nak duduk
bawah ketiak kau je. Inipun aku rimas. Macam takda orang lain dia nak berkepit.
Dekat aku juga dia nak menyendong" dijeling Raikal yang sedang menyalin
nota. Bagus budak ni. Nanti aku tiru kau jelah Raikal. Tak sompat nak
menyalinnya tadi. Banyaklah tak sempatnya Cik Ariani oii... bukannya tak sempat dia yang malas nak menyalin, boleh pula buat sleeping beauty kat belakang tadi.
"Aku
dengar Ariani. Jangan nak mengutuk aku banyak sangat. Buatnya kau kawin
dengan aku. Hari-hari kau kena minta ampun. Nanti tak bau syurga" Ujar
Raikal. Mata dan tangan masih melekat di buku nota.
Ariani hanya
mencebir. Kawinlah sangat. Bukan dia tak tahu Raikal ada buat hati dalam
diam-diam. Buah hati dia nak campak mana?. Dalam gaung. Lainlah aku ni. Siapa
pun tak sudi. Sob. So.sob.
*Assalamualikum guys!!!..
how my first try.....
ok tak????... kalau tak best minta tegur...
kalau terkurang ke terlebih ke.. minta inform
jangan risau saya tak makan orang. hehehehe...
and the most important..
* COMMENT PLEASE......
komen anda amat saya harapkan..
p/s:_loveyourguys.. xoxo