Thursday, December 18, 2014

Bukan Cerinta BIasa

Bukan Cerinta Biasa 1

(mini novel)

Bukan Cerinta Biasa

“beb! Lama lagi ke? dah kebas kaki aku tunggu kau” Ujar Ariani bengang.

“Kejap la. Nak siap dah ni” balas Raikal sambil matanya tertumpu pada rak dihadapan. Alahai mana pulak buku ni.

“oii, pak cik! Kalau kau lambat sangat, aku nak cau dulu. Dah lah harini kelas Mak Singa. Kang buatnya jam tengah jalan kau nak tampung  extra work  aku” ujarnya geram. Mahu taknya geram. 

Pagi-pagi dah tercongak depan rumah aku minta temankan pergi popular nak cari buku apa entah.  Katanya tak lebih pada sejam ni dah dekat dua jam setengah aku berdiri tepi dia. Kalau ajak pergi jalan-jalan takpa juga. Ni tak, terperuk ja dalam kedai Popular ni.

“kejaplah mak cik!. Pak cik tengah cari ni.  Mak cik pergilah tengok buku lain ye” balas Raikal selamba. Mana pula buku nie, dimanakah gerangan cik buku yang menghilangkan diri.

Ariani mendengus geram. Badak sumbu punya kawan. Aku dah tawaf tiga kali dalam kedai ini. Nak suruh aku pergi mana lagi. Menyesal betul ikut kau. Dengan perasaan yang marah dia meninggalkan Raikal yang masih tercari-cari buku yang diinginkan.

“sengetlah kau ni, aku pergi sana kejap”   dengan pantas dia menuju kearah tempat yang meletakkan pelbagai general lagu. Baik aku layan lagu daripada tercongak tepi mamat tu macam bodyguard  dia.

Sambil mulutnya terkumat-kamit menyumpah Raikal. Tiba-tiba kedebus!!!.

“adoi! Sakit dowh kepala aku! Tiang eletrik  mana pulak yang aku langgar” kepalanya digosok perlahan. Mau tak sakit dahlah terhantuk lepastu terjatuh macam nangka busuk . sengal punggung aku ni.

Wait a minute. Dalam popular tak pernah lagikan wujud benda tu di tengah-tengah jalan ni. Dengan perlahan-lahan dia membuka mata. Matanya terbeliak. Alamak ini bukan tiang eletriklah senget. Ini manusia yang berketinggian tiang elektrik!!!

“I’m so sorry, are you okay?”

Ariani terdiam. Mak aii. Merdunya suara dia. Dah , macam Mario Mauri aku tengok. Dengan tinggi macam tiang eletrik, anak mata colour biru. Hidung mancung. Kulit pulak namapun kategori budak macho memang putih kemerah-merahan. Bibir?, walaweh seksi bebenor.

“Beb! Aku dah jumpa buk….”  Raikal yang berjalan kearah Ariani tergamam.  apa yang minah tu buat ?. terduduk bagai dekat lantai  macam cempedek busuk.

“woi minah. Bangunlah! Apa yang kau bersila dekat  atas lantai ni. Kalau duduk pun. Takkanlah atas lantai dah tu ditengah-tengah jalan ni. Dah bangun cepat” ujar Raikal sambil tangan kanan menarik lengan Ariani. Manakala tangan kirinya memegang buku yang dijumpai.

“Aaa..aah ak..aku terjatuhlah. Thanks beb” dia tersenyum kearah Raikal. Alahai macam mana pulak boleh terpukau dengan mamat macho depan aku ni. Jatuh standard aku dowh.

“awak ok tak ni. Kalau tercedera saya boleh hantar pergi klinik” ujar mamat macho ni. Amboi boleh pulak speaking malay. Ingat mat salleh celup.

“Saya okey je. Sepatutnya saya yang minta maaf dekat awak. Saya yang salah. Jalan tak tengok depan. Itulah main langgar je. Sorry awak” ujar Ariani sopan.

“Nope. It’s okay. If you don’t mind. Boleh saya belanja awak makan. Ini tanda sorry saya dekat awak. should we?” ujar mamat macho  ni sambil tersenyum. Aduhai. Cair aku macam ni.

“thanks but  no thanks. Kitaorang ada kerja lagi lepas ni, Jom !” Ujar Raikal sambil tangannya  menarik lengan Ariani  keluar daripada kedai Popular tersebut. Buku? Lain kali datang beli.

Ariani yang masih terpinga-pinga hanya mengikut langkah Raikal yang semakin laju meninggalkan kedai buku tersebut. Keluar sahaja daripada kedai tersebut. Tangannya diminta dilepaskan. Apa kes! Mamat nie. Sakit tangan aku

“kau ni apa hal, nak angin tak tentu pasal?” dengan perlahan-lahan dia mengosok perlengangan tangannya yang merah. Kuat jugak mamat ni pegang. Habis merah tangan aku. Balik kena letak ubat nie. Dahlah aku tak sempat nak say bye-bye kat mamat tu. Nama dia pun aku tak tahu. Dengki punya kawan.

“lah. Tadi kata dah lambat nak masuk kelas Miss Tania. Aku tak nak tampung kau  punya extra homework. Untuk  pengetahuan kau. Profile aku bersih dan suci dari debu. So, jangan nak cemarkan nama aku yang sememangnya baik plus hensem nie” ujarnya selamba sambil kaki menuju kearah lif,

“erk je lebih. Siku kang baru tahu. Suci dari debu konon. Kalau setakat bodek lecturer tu tak payahlah.” Bibirnya dicebik. Pirah!!! Poyo je lebih kawan baik aku sorang ni. Memang kaki bodek nombor satu. Hampir semua lecturer dalam Kolej ni terpengaruh dengan mamat sorang ni. Selamatlah aku masih waras.

Raikal hanya tersenyum kecil. Apabila lif sudah tiba pada basement kereta. Kaki mereka menuju kearah kereta Viva warna putih. Raikal menyuluk poket seluar. Lalu kunci kereta diambil. Tanganya menekan buntang tersebut.  Badan pulak diboloskan didalam kereta viva tersebut.

Enjin kereta distartkan. Dengan perlahan kenderaan tersebut meluncur keluar daripada basement tersebut.


**********


Dengan pantas. Kakinya berlari laju. Mampus aku dah lambat nak masuk kelas Mak Singa tu. Memang kena panahan cinta hari ni. Dahlah Mak Singa tu anti aku je lebih. Raikal? Lantaklah mamat tu. Pandai-pandailah jawab dengan lecturer kesayangannya.

Dengan lafaz bismillah. Ariani  memulas tombol pintu tersebut. Seram dowh!. Kepalanya jengukkan perlahan. Aaih Mak Singa ni tak masuk kelas ke?. Dengan senyuman lebar di bibir dia melangkah masuk ke kelas dengan perasaan gumbira tak terhingga.

“Morning guys!. amboi khusyuk bebenor korang belajar” Ujar Ariani selamba. Hehehe, mau taknya. Mak Singa tak masuk. Harus happy la. Tapi pelik juga kenapa diorang ni serius je. Si Siti ni apa pasal pulak. Dah macam Fatimah juling matanya.

“kau apa hal?” soal Ariani bengang. Topi dikepala dibetulkan.

“Good morning miss Ariani. Kenapa awal sangat masuk kelas I?”

Itu bukan suara Mak Singa ke. Takkan Siti pulak.  Matanya dipejam. Bibirnya pula digigit. Mampus aku kali ni.

“Morning Miss Tania. How are you?”

“ I fine. Thank you. Hemm! Where is your best friend? Mr Raikal?” Ujar mak singa sambil tersenyum sindir. Memang mampus kau kali ni Ariani.

“h.he..he go… go...” ujarnya gagap. Apasal pulak aku boleh gagap pula ni. Ariani where is your spirit.

“where?!!!” soal Miss Tania sambil matanya dijengilkan. Mak aii ini bukannya Mak Singa dah. Ini adik beradik kepada hulk.  Suaranya dia. Tak payah cakap. Kau orang kenal The Hulk. Memang memenuhi ciri-ciri tersebut. Cuma tak tukar warna hijau je.

“he. he.he..” Ariani tetap gagap. Gila kau tak gagap kalau suara dah macam petir kat langit. Lagaknya macam nak rebut taufan je la jawabnya.

“see!. I have told your many times. Don’t come to my class if you come late.  I don’t like students who come late to my class. Even you are good student or top student in this class. It’s does not mean you can come late to my class. Now! Pleased get out for my class. Thank you.” Ujar Miss Tania macam kereta api.

“I’m so sorry Miss. I will not do it again.”

“you always say that words. Sorry. I did not believe you for this time. Now! Get out from this class!!!” jari Miss Tania menunjuk kearah pintu. Dengan muka yang merah Ariani berjalan untuk keluar daripada kelas tersebut.

Pada masa yang sama Raikal pula masuk ke dalam kelas tersebut. Ariani  melihat Raikal sambil mulutnya dimuncung.

“why?”  Tanya Raikal sambil keningnya diangkat.

“mak singa mengamuk” ujarnya perlahan

“Oh! Now her has hero has come” Ujar  Miss Tania sambil tersenyum. Raikal hanya berjalan selamba. Hujung baju lengan Ariani ditarik.

“Morning Miss Tania”  ujar Raikal sambil tersenyum. Ariani hanya menjeling. Harap-haraplah mamat ni boleh bodek.

“Morning. Mr Raikal. So apa lagi alasan you kali ini” Ujar Miss Tania sambil tersenyum.  Bukan dia tidak kenal siapa Raikal. Budak yang cemerlang dalam kolej ini. Wajahnya putih berseri.  Rambut hitam pekat. Kening teratur. Hidung macung bibir merah. Bukan dia sahaja yang boleh terpikat. Malah lecturer bujang yang lain pun boleh tersangkut. Sentiasa menjadi bualan di pejabat.

“I’m so so so sorry. Miss Tania. Actually Madam Rania ask for help just now because  there is a new student will enter to our class. So I and Ariani need to arrange something. If you do not believe us you can ask Madam Riana” 

Raikal mengengam kedua-dua belah tapak tangannya sambil membulatkan mata, mulutnya dimaniskan  sehingga menampak kedua-dua belah lesung pipitnya. Inilah antara teknik-teknik membodek lecturer. Korang kalau nak ikut boleh je. Abang Raikal boleh turunkan ilmu. Hohoho.

Miss Tania berfikir sejenak. Boleh percaya ke budak ni. Tapi dia dah guna nama  Riana. Takkan nak bohong pula. Best and the top student ni.

Ariani hanya  membisu. Minta-minta si Raikal ni berjaya bodek Miss Tania. Itulah Ariani, inilah gunanya kawan yang boleh membodek  lecturer. Bolehlah kau terlepas sekali-sekala kalau si Raikal ni dah tanam tebu ditepi bibir. Cair lecturer dengar. Dengan muka cukup package , boleh jalan dah kau punya ayat.

“ok  fine. For this time I believe your guys. But next time, big no. remind my words. Have a sit.” Ujar Miss Tania.

“thank Miss. You a the best person that I found. Memang susah nak jumpa lecturer macam ni. Thanks again” ujar Raikal. Jalan beb!!!.

“thank Miss” ujar Ariani perlahan.

Miss Tania hanya menganguk kepalanya.  Meluat.

“by the way, cantik baju Miss. Lebih-lebih lagi gabungan dengan skirt  merah ni. Nampak style sangat kalah Izara Aishah” Raikal mengeyitkan matanya, 

“ada-adalah awak ni, dah pergi duduk” tersimpul malu Miss Tania apabila  dipuji sebegitu. Dahlah semua pelajar tengah melihatnya, lebih-lebih lagi dipuji oleh lelaki yang hensem sebegitu. Pak guard depan tu pun tak pernah puji dia. Memang wajid update facebook ni. Bukan setakat facebook, wechat, beetalk dan instragram pun kalau boleh dia nak updates. Hohoho.

Budak lain?. Meluat dowh!. Dah memang masak dengan si Raikal. Memang kaki bodek No 1. Kalau kitaorang nak buat parti? Raikallah yang akan berjumpa dengan lecturer. Exam nak soalan bocor sikit? Raikallah yang akan maju kehadapan minta soalan.

Korang fail exam? Ini parah. Raikallah yang akan kehadapan minta marks kitaorang ni lulus. At least, cukup-cukup makan. Lecturer pun pantang dipuji, semuanya  jalan, dan yang penting korang kena janji tak buat hallah kecuali kalau lecturer laki. Susah sikit ni. Tapi majoratinya kitaorang dapat lecturer perempuan muda pulak tu. Ayat sikit cairlah beb!.


………………………………………………………………………………………………………………………


"Wei korang pergi mana? Kenapa masuk kelas lambat? Takkan lupa hari ni kelas Mak singa?  Ataupun korang berdua keluar dating?... Hah jawap cepat." Soal Siti the kepoh.

"Haah. Kita orang pergi dating apasal  jelous ke?" Jawab Ariani sambil tangannya mengeluarkan buku nota.

"Oh my Gucci. Seriously!." Suara Siti kuat. Minah ni tak bayar zakat ke apa. Mulut. Macam minta penampar. Kuat beb. Nak suruh satu kelas dengar ke?.

"kau percayalah minah ni cakap. Bohong je lebih. Taklah kitaorang pergi Popular Cari buku." Sangkal Raikal.

Siti hanya menganguk. Ingatkan dating betul-betul. Kalau betul boleh masukkan dalam news kolej. Kasi gempar sikit. Bukan semua orang tak kenal dua orang kawan baik ni. Dah macam kembar siam. Melekat tak habis-habis. 

Kadang-kadang orang lain pun tertanya-tanya diorang ni berkapel ke tidak. Ke hulur ke hilir berdua je. Dah macam takda kawan lain, selamatlah aku tak terjebak sekali kalau tak bertiga kembar jawabnya.

"Eh. Raikal. Kau bukan beli buku ke tadi. Mana dia?" Pelik Ariani soal. Bukan mamat ni pegang buku ke tadi.
"Buku? Mana ada aku beli. Engkau ni buta ke rabun. Stock habis la senget. Itu yang takda" jawab Raikal senang.

"Mangkuk cawan gelas betul kau ni!. Buang masa aku je ikut kau. Kalau dah tahu takda buku yang tergedik-gedik bertapa dalam kedai tu apahal?. Sajakan nak buang masa aku  yang sememangnya precious ni. Kalau macam nilah,  aku tak nak ikut kau lagi. Atuk betul" Marah Ariani. Bengeng betul. Punyalah lama berdiri dalam kedai tu. Dia tak beli apa-apa  sahajakan nak bagi darah aku naik. Ingat aku suka ke darah naik bagai. Stress beb!.

"Alaa. Sorrylah sayang. Mana aku nak tahu. Ingatkan ada rupa-rupanya ting tong. Takda. Macam chipsmore. Itupun pekerja tu yang tanya aku. Cari apa encik. Kalau dia tak tanya lagi lamalah kita terperuk dalam kedai tadi. Sorry ye. Aku janji tak buat lagi" raikal mengerdipkan matanya sambil buat aksi Comel.  Ariani hanya mampu mendengus geram.

"Tak payah nak buat muka macam tu. Dah macam beruk aku tengok. Yelah. Ini   time aku maafkan kau. Kalau nanti takda maaf  bagimu. Sebagai tanda aku maafkan kau, kau kena belanja aku makan. amacam boleh tak?" 

 Kening Ariani terangkat. Alang-alang menyelup pekasam biar sampai ke lengan. Alang-alang dah merajuk ni biar sampai Raikal belanja makan. Save bajet aku. Hohoho.. Inilah guna kawan. Kejam kau Ariani.

"Yelah. Aku belanja. Ada je kau punya jalankan." Mata menjeling Ariani. Otak geliga minah ni. Ada sahaja udang di sebaik batu. Nasib malang betul jadi kawan minah ni.

"Janganlah marah ye sayang. Nanti cepat tua. I taknak hubby I ni tua. kang tak macho. Tak luat I nak jalan sebelah you" Pipi Raikal dicubit dua-dua belah. Tak takut dosa ke Cik Ariani Oii. Siti the kepoh mengecilkan mata. Something-something apa ke budak dorang ni.

"Amboi, amboi, amboi. Sayang hubby baby bagai kau orang ni kalah aku yang bercinta ni. Si botak tu pun tak pernah nak panggil aku macam ni. Asyik-asyik dia orang dia orang dia orang dah macam deorant aku dengar. Tak pernah nak sweet sweet bagai" celah Siti. Nama je Orang bercinta tapi hampeh.Apapun takrah!.

"Saborlah cik Siti the kepoh.  Maybe lepas kawin sweet la tu. Kang lepas kawan buatnya dia nak kepit dengan kau 24 jam. Baru kau menyesal. Asyik nak duduk bawah ketiak kau je. Inipun aku rimas. Macam takda orang lain dia nak berkepit. Dekat aku juga dia nak menyendong" dijeling Raikal yang sedang menyalin nota. Bagus budak ni. Nanti aku tiru kau jelah Raikal. Tak sompat nak menyalinnya tadi. Banyaklah tak sempatnya Cik Ariani oii...  bukannya tak sempat dia yang malas nak menyalin, boleh pula buat sleeping beauty kat belakang tadi. 

"Aku dengar Ariani. Jangan nak mengutuk aku banyak  sangat. Buatnya kau kawin dengan aku. Hari-hari kau kena minta ampun. Nanti tak bau syurga" Ujar Raikal. Mata  dan tangan masih melekat di buku nota. 

Ariani hanya mencebir. Kawinlah sangat. Bukan dia tak tahu Raikal ada buat hati dalam diam-diam. Buah hati dia nak campak mana?. Dalam gaung. Lainlah aku ni. Siapa pun tak sudi. Sob. So.sob.

Sedang semua sibuk dengan kerja masing-masing. Bercerita, bergurau, bergosip, menyalin, belajar. Tiba-tiba ............


*Assalamualikum guys!!!..
how my first try.....
ok tak????... kalau tak best minta tegur...
kalau terkurang ke terlebih ke.. minta inform
jangan risau saya tak makan orang. hehehehe...
and the most important.. 

* COMMENT PLEASE......
komen anda amat saya harapkan.. 

p/s:_loveyourguys.. xoxo

No comments:

Post a Comment